Friday, March 25, 2011

Jemput-jemput sotong kurita ~~oh ku lapar...

Satu set Takoyaki terdiri daripada lima ketul jemput-jemput.
Sambil aku menaip-naip mengusaikan kerja untuk hari ini, sambil mencari bahan bacaan secara online. Sedang perut tengah lapar, terbaca pulak mengenai makanan yang membuatkan aku tak sabar-sabar nak balik KL. Tapi sesungguhnya Mei begitu jauh untuk dinanti dengan penuh kesabaran. Aduhai, sedapnya jemput2 istimewa ni. Oh, suami dah berjanji nak bawa membelinya bila aku balik nanti. Yess! Jadi teruskan membaca di bawah ini apa dia jemput-jemput sotong kurita...


Wednesday, March 23, 2011

Gempa Jepun ubah landskap, diramal cetus Zaman Ais baru


BELUM pun igauan ngeri tsunami yang melanda Aceh pada 26 Disember 2004 terhapus sepenuhnya, kita dikejutkan sekali lagi kehadiran bencana yang melumpuhkan Jepun dalam sekelip mata, minggu lalu.

Bermula dengan gempa bumi berukuran 9.0 pada skala Richter jam 2.46 petang waktu tempatan, tsunami pula menyerang dengan kelajuan kira-kira 800 kilometer sejam dengan ketinggian ombak mencecah 10 meter. Malah ketika rencana ini ditulis, selain berdepan ancaman gempa susulan, Jepun turut dihimpit krisis mengawal kebocoran radiasinya apabila tahapnya 10 kali ganda lebih tinggi daripada biasa, berikutan impak gempa bumi kategori mega itu. Lebih menyayat hati, harapan menemui mangsa yang terselamat terus pudar dengan angka korban dan mereka yang hilang, lebih 12,000 orang.

Namun, hakikatnya, gempa bumi terbesar di Jepun dan kelima terbesar dalam sejarah dunia itu bukan hanya menambah fakta mengenai bencana tetapi turut mengubah landskap dan perjalanan bumi ini.


Thursday, March 3, 2011

It's already March

How times fly... It's already March. And it's going to be our 1st wedding anniversary. Alhamdulillah. Life is getting better and smoother. May Allah granted us a beautiful baby in near future. Ameen.
Published with Blogger-droid v1.6.7

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails