Tuesday, August 31, 2010

damai di Bandar

Hari ni berkesempatan membeli juadah berbuka di Bandar. Kalau di KL tu kira macam Jalan TAR la. Tapi yang membezakan adalah keadaan jalan rayanya yang aman damai...

Antara lorong pejalan kaki di Bandar


Monday, August 30, 2010

specially printed

Aaaa hah! This t-shirt was specially printed by En.Suami

Tq so much!

Harry Potter special edition

rasa

Sejak kebelakangan ni hati terasa sayu... rasa rindu yang teramat-sangat dengan yang tersayang... Aduh, walaupun tahu hanya tinggal seminggu untuk berjumpa di sini sempena Hari Raya minggu depan... tapi apa pulak yang akan berlaku selepas itu, selepas semuanya kembali ke semenanjung???

Wahai hati... bersabarlah.....................................


Sunday, August 29, 2010

Basuh dulu ye

Hari ni dapat satu email yang amat menarik perhatian aku... email pasal murtabak...

gambar hiasan
Enaknya murtabak bazar Ramadan! 



Sesi berbuka puasa 'potluck'

Macam yang diceritakan sebelum ni, ada sesi makan2 potluck kat rumah kawan... macam2 juadah ada. Alhamdulillah...

antara kuih muih yang terhidang

Saturday, August 28, 2010

puasa di hari cuti ujung minggu

Hari ni aku sempat lagi pegi bazar Ramadan di stadium sekali lagi. Tp kali ni nak beli 'potluck tunjuk' utk sesi berbuka puasa di rumah seorang rakan sekerja. Dia ada buat kelas masakan lps asar ni sbb org gaji dia dah nak balik Indo 1hb nih... hehehe. Aku lak mmg jarang masak sejak dok sorang kat sini tanpa keluarga, so beli je la. Sambil2 tu leh cuci mata tgk juadah kat sini...

Utk potluck, aku beli ketam masak cili BND6 sebungkus


Thursday, August 26, 2010

kudapan kala menonton tv

cornflakes pedas dengan ikan bilis... fuuhhh!
Ni favorite kudapan kala menonton tv dan melayan kebosanan ketika membaca novel. Biasanya aku order dua bekas plastik ni untuk ku makan seorang! Ye.... seorang ye... dan harganya cuma BND5 utk dua bekas tu.... apa lagi.... lalalalalalalalalalala (bernyanyi girang)...

Wajit aka wajik Temburong

Pertama kali aku makan wajit aka wajik yang terkenal dari daerah Temburong. Rasanya sama macam yang di Msia tapi buatannya lebih halus, tak besar2 mcm kat semenanjung. Dan tak berapa manis. Dibungkus dalam sehelai daun (yang ku tak pasti daun apa)...
masih berbungkus
sedia untuk dimakan (pls, jaga imajinasi anda)

Cabaran kek lapis S'wak

Aku memang boleh buat kek... tapi tidak sesekali disuruh buat kek lapis S'wak... jgn harapla, bila tgk dengan mata kepala sendiri melihat cabaran membakarnya... Fuh!

Ini warna yang mudah utk kek yang mudah... still...


Wednesday, August 25, 2010

sahur ku yang sederhana

Aku jarang bersahur makan berat2... biasanya cukup dgn air panas dan bbrp potong kuih (itupun baki berbuka)... dan pastinya 2-3 biji kurma. Alhamdulillah, cukup sementara menantikan waktu berbuka...

di satu pg yg hening -- secawan teh 'o' panas & popia goreng

Di sini ku mencari rezeki

Di sinilah

Tuesday, August 24, 2010

Restoran Aneka Rasa @Kiulap

Alhamdulillah, hari ni dapat berbuka di sebuah restoran milik rakyat M'sia yang terkenal di Brunei iaitu Aneka Rasa. Terletak di Kiulap, dekat dengan sungai (kalau naik bot dari Bandar, bgtau je nak ke sini). 
Semenjak dari hujung minggu lalu aku nak ke sini dengan rakan seopis, Kak Aida & suami. Tapi tertangguh disebabkan beberapa hal. Hari ni dia dah start cuti dan ambil aku di opis selepas berbuka puasa tadi (jamah kurma sket dan minum air). 


Monday, August 23, 2010

Beli juadah berbuka BND2 je??

Pecaya tak pecaya, tadi aku membeli juadah untuk berbuka hanya BND2 -- nasi campur berlaukkan daging masak kicap dan sayur petola BND1 plus begedil 5 ketul BND1 = BND2 laa kan.
Leh dapat ke harga makan camtu kat semenanjung? Hehehehe. 

Eat Pray Love

kesan tumpahan kopi terlihat lak...huhu

Memula dengar macam pelik sket tajuk buku ni. Bila aku belek-belek penulisnya Elizabeth Gilbert (ok, that sounds familiar). Aku belek lagi dan mendapati karya tulisan minah ni telah terjual sebanyak lebih 6 juta salinan di seluruh dunia! Wow! Mesti best novel ni… kalau baca dia nye review pun hebat-hebat belaka. Jadi itulah antara faktor yang menarik minat aku untuk beli novel berhalaman 349 muka surat ni.


Sunday, August 22, 2010

Kisah berbuka lagi

Hari ni bos bawak jalan jauh sket beli juadah berbuka iaitu di Stadium Negara Hassanal Bolkiah -- venue Sea Games 1990 Brunei.
Katanya inilah bazar ramadhan yang terbesar di sini. Memang ramai la, lebih lagi dari Gadong tempohari. Tapi kat sini tak sesak. Cuma banyak kereta dan ramai orang. Aku pun apa lagi, cuci mata tgk kereta2 yg best kat sini. Tu je.
Tp disebabkan membeli belah dalam keadaan lapar, mata jadi rambang, nafsu mula menguasai diri.


Friday, August 20, 2010

Rindu

Di saat kesibukan kerja...video kiriman terbaru En.Suami membuatkan hati terasa sayu, pilu diselikan dengan keterujaan, kerinduan yang memuncak dan kasih sayang yang semakin mendalam. Oh, terima kasih di atas kiriman video itu. 
Aku sayang kamu!
video

Masa berbuka hampir tiba!

Begitulah keadaan aku sementara menanti masuknya waktu berbuka puasa di sini. Maghrib di Brunei lebih awal sejam berbanding di semenanjung. Hari ni jam 6.32. Semakin hari lebih pantas seminit daripada semalam.
Tadi aku sempat dibawa oleh bos (dia ler pun yang rajin membawaku dan seorang lagi staf) ke Pasar Gadong. Selama ni cuma beli kat foodcourt berdekatan opis je. Tapi hari ni saje nak menjelajah ke sana. Kalau org tanya lepas ni, boleh ler kata, dah pegi, kan...

Thursday, August 19, 2010

Bittersweet


Siri ‘Little Black Dress’ terbaru yang aku baca ialah karya Sarah Monk bertajuk “Bittersweet”. Napa aku pilih buku ni… sebab memula aku tertarik untuk baca novel siri ‘Little Black Dress’ yang dibeli di MPH Bookstore di One Utama menjadikan aku seorang pembaca novel siri tegar. Hahaha!
            Tapi ni merupakan novel pertama hasil tulisan selain Marissa Mackle yang tak akan aku missed untuk beli dan baca. Ok, tutup sekejap citer pasal buku-buku hasil tulisan minah tu. Aku nak konsentret yang terbaru ni dulu.

Teman

Peneman di meja kerja

~Rezeki Ramadan~

Alhamdulillah, dah berbuka (atau sungkai di Brunei)... tapi tak makan nasi lagi... Hanya dengan air 3 in 1 dan tiga ketul kurma serta sebatang choki2 pemberian opismate (tks Asni)... cukup la dulu. Nanti balik baru perhangatkan nasi yang dibeli tadi.

Cuma nak cerita masa membeli juadah berbuka tadi aku sempat ronda2 kawasan food court di Sumbangsih (area tempat keje je) untuk cari makanan lain... Tapi tah camne aku leh terpaku di depan makcik yang sedang membaca Al-Quran, bukan sekadar faktor juadah yang dijual iaitu bubur pulut hitam (ooh, my fav!!!) tetapi melihatkan wajahnya yang ayu dan lembut di mata aku. Rasanya dah banyak kali jugak aku berpusing2 kat tempat yang sama, cuma tak pernah nampak makcik ni.


Wednesday, August 18, 2010

Pasal aku

Lahir di Kuala Lumpur dan membesar di Selangor Darul Ehsan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Berpindah randah semasa sekolah rendah tapi menetap di satu sekolah menengah (bapak tak bagi pegi jauh2 sbb anak cuma dua orang). Sambung uni -- TESL dan MassComm. Mula bertapak di TV3 dan melangkau ke RTM, MediaCorp Singapura, Bernama KL dan sekarang Media Permata, Brunei Press di Bandar Seri Begawan.
Paling sukakan pengembaraan yang kini ditemani 2nd traveller - En. Suami.  Menjelajah ke pelusuk tanahair sambil mengenal budaya dan warisan sendiri, sambil berscuba diving, sambil jadi model En.suami untuk ambil gambar.
Inilah blog pasal aku ...

Berakit arus deras cabar keupayaan diri


Gambar hiasan

Oleh Sri Wazni Asahar

PERNAHKAH awda mencuba sukan kayak arus deras atau ‘white water rafting’? Sukan ini semakin popular di kalangan peminat sukan ekstrim. Bagi awda yang gemarkan sesuatu yang mencabar, dikelilingi arus deras dan jeram berbahaya serta alam semulajadi, inilah sukan yang tepat untuk awda!
          Perkembangan aktiviti ini sebagai sukan rekreasi semakin popular sejak pertengahan tahun 1980an. Jenis rakit yang biasanya digunakan ialah rakit getah. Ia tahan lasak, fabriknya diperbuat daripada lapisan getah dengan beberapa ruang udara bebas. Panjang sesebuah rakit getah adalah pelbagai di antara 3.5m dan 6m (bergantung kepada berapa ramai pendayung), dans lebar antara 1.8m dan 2.5m. Rakit biasanya digerakkan dengan bilah dayung biasa dan pendayung biasanya terdiri daripada 4 dan 12 orang.



~Cerita pendek melangkah ke negara jiran~

Usai menerima berita tentang kejayaan diri mendapat kerja di negara jiran, hati bersorak riang. Tapi tiba-tiba rasa gundah-gelana kerana terpaksa meninggalkan suami dan ahli keluarga tersayang di semenanjung. Apapun aku percaya semuanya ditentukan oleh Allah dan rezeki yang sukar untuk ditolak dalam seumur hidup.
 peneman selama 2 jam 20 minit di awan biru
 
sebelum airmata bercucuran meninggalkan keluarga tersayang

MY MEMORY

It was once my 'kerja' ...

Tuesday, August 17, 2010

Family

Rindu kamu!

Kuih Pancit aka buah melaka

~Ramadan di Bandar Seri Begawan~

Selepas lima hari menunaikan ibadah puasa di perantauan, terasa semakin mudah. Pada awalnya agak janggal kerana juadah yang seringkali mudah diperolehi di semenanjung, tidak dapat ditemui di sini. Contohnya kegemaranku, ayam tengkorak goreng (ada yg panggil dinasour), popiah basah, dan tau fu fah... sedih betul!

Tapi kesedihanku tidak lama kerana hari kedua puasa aku dapat pulang ke semenanjung untuk seketika. Dapatlah menjelajah beberapa bazar Ramadan di kawasan Sg Buloh dan membeli juadah2 yang disebutkan di atas. Alhamdulillah... paling seronok bila surprise untuk mama dan ayah menjadi. Sampai sekarang diorg kata rasa macam mimpi bila aku tiba-tiba terpacul di depan pintu rumah mereka, Jumaat lepas.


MY DIVE

My hobby... My passion...



Monday, August 2, 2010

~Sebulan beb~

Alhamdulillah... sebulan jugak aku berada di sini. Semakin hari semakin pantas aku rasakan masa berlalu pergi. Hmm.. OK jugak. Kat KL tak penah gi ikut kengkawan main badminton. Tapi kat sini dalam seminggu mesti join geng main badminton. Hahahaha! Sebelum g keje, luang masa pagi2 untuk keluarkan peluh. Balik umah siap basuh baju, lepak-lepak, makan, dan gi keje kul 2. Orait la tu kan. Kalau keje cepat setel, cepat laa balik umah. Biasanya kul 8.30-9 dah setel keje.

Apapun aku tak sabar menanti hari untuk pulang. Walau sekejap, cukuplah untuk melepas rindu dengan insan-insan tersayang. Puasa pun dah nak dekat. Seronoknya kalau dapat bersama keluarga dan semua orang di semenanjung. Berpuasa di perantauan. Mujur di borneo je. Tak jauh smpai merentas 7 lautan! Hahaha!

Semoga Ramadhan yang bakal menjelang ni membawa khabar yang indah-indah belaka kepada kami sekeluarga. InsyaAllah.

Selamat menjalani ibadah puasa!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails