Thursday, August 19, 2010

Bittersweet


Siri ‘Little Black Dress’ terbaru yang aku baca ialah karya Sarah Monk bertajuk “Bittersweet”. Napa aku pilih buku ni… sebab memula aku tertarik untuk baca novel siri ‘Little Black Dress’ yang dibeli di MPH Bookstore di One Utama menjadikan aku seorang pembaca novel siri tegar. Hahaha!
            Tapi ni merupakan novel pertama hasil tulisan selain Marissa Mackle yang tak akan aku missed untuk beli dan baca. Ok, tutup sekejap citer pasal buku-buku hasil tulisan minah tu. Aku nak konsentret yang terbaru ni dulu.


            “Bittersweet” memaparkan dua wanita cantik berumur hampir 30 tahun yang merupakan sahabat baik dek boipren masing-masing adalah adik-beradik. Tapi tah camne depa dua ni pakat berpisah dari boipren masing-masing dan menempuh haluan hidup yang baru, bersama-sama! Sampai keluar meninggalkan bandar tempat mereka berdua mencari rezeki semata-mata bosan dan mahu mencari pengalaman baru.
            Wanita-wanita ini akhirnya terdampar (takdelah terdampar sebab kapal karam ke apa ke) di sebuah kampung yang terpencil di Cornwall, England (google ler carik katne tempat ni). Jadi, dari situlah mereka berdua memulakan hidup baru yang penuh dengan masam manis pahit payau semua ada la. Sebab tu tajuk dia “Bittersweet”.
            Seorang bekerja sebagai pelayan bar (sedangkan keje sebelum ni dikelilingi artis-artis hebat) dan seorang lagi keluar modal untuk memulakan perniagaan dengan membuka kedai kek (sebelum ni ketua projek yang berjaya).
            Secara umumnya citer ni boleh tahan, sedikit perlahan berbanding movel-novel karya Marissa Mackle yang pernah aku baca sebelum ni (semua gara-gara kebosanan hidup sepanjang tempoh tanpa keje buat seketika). Tapi ia adalah antara novel santai yang aku suka baca sebab ia kadang-kadang menyelitkan citer-citer benar di sekeliling kita (tak ler dok asyik berangan berfantasi ‘they will live happily ever after’ gitu).
            Ok… lainkali aku post pasal novel yang lain pula… Selamat membaca!

*Amalkan sikap suka membaca. Peace…
           

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails