Showing posts with label EDITORIAL. Show all posts
Showing posts with label EDITORIAL. Show all posts

Thursday, July 14, 2011

Virtual Travel Fair kembali lagi!!

Gemar bercuti? Perlukan percutian? Tiada idea? Pesta melancong Virtual kembali lagi! Kali ini dengan pelbagai tawaran menarik untuk anda pilih. Hanya di hujung jari. Jadi apa tunggu lagi... lawati laman web Virtual Malaysia dan selamat bercuti!!!

Antara pakej percutian yang ditawarkan di Virtual Malaysia

Friday, July 1, 2011

Lupakan niat untuk menggigit ‘bar’ ini

Mesin layan diri Gold to Go diumumkan baru-baru ini di Pusat Membeli Belah Westfiled di barat London.

JIKA anda fikir bar coklat agak terlalu mahal hari ini maka ini bukanlah mesin layan diri untuk anda.
            Untuk satu-satunya bar yang boleh anda dapatkan di sini diperbuat daripada emas tulen dan akan menetapkan anda agak lebih daripada 70p.

Monday, April 18, 2011

Latest from Nursery Schools:


                                  
A:   APPLE                    


B:   BLUETOOTH
 
C:   CHAT 


Friday, March 25, 2011

Jemput-jemput sotong kurita ~~oh ku lapar...

Satu set Takoyaki terdiri daripada lima ketul jemput-jemput.
Sambil aku menaip-naip mengusaikan kerja untuk hari ini, sambil mencari bahan bacaan secara online. Sedang perut tengah lapar, terbaca pulak mengenai makanan yang membuatkan aku tak sabar-sabar nak balik KL. Tapi sesungguhnya Mei begitu jauh untuk dinanti dengan penuh kesabaran. Aduhai, sedapnya jemput2 istimewa ni. Oh, suami dah berjanji nak bawa membelinya bila aku balik nanti. Yess! Jadi teruskan membaca di bawah ini apa dia jemput-jemput sotong kurita...


Wednesday, March 23, 2011

Gempa Jepun ubah landskap, diramal cetus Zaman Ais baru


BELUM pun igauan ngeri tsunami yang melanda Aceh pada 26 Disember 2004 terhapus sepenuhnya, kita dikejutkan sekali lagi kehadiran bencana yang melumpuhkan Jepun dalam sekelip mata, minggu lalu.

Bermula dengan gempa bumi berukuran 9.0 pada skala Richter jam 2.46 petang waktu tempatan, tsunami pula menyerang dengan kelajuan kira-kira 800 kilometer sejam dengan ketinggian ombak mencecah 10 meter. Malah ketika rencana ini ditulis, selain berdepan ancaman gempa susulan, Jepun turut dihimpit krisis mengawal kebocoran radiasinya apabila tahapnya 10 kali ganda lebih tinggi daripada biasa, berikutan impak gempa bumi kategori mega itu. Lebih menyayat hati, harapan menemui mangsa yang terselamat terus pudar dengan angka korban dan mereka yang hilang, lebih 12,000 orang.

Namun, hakikatnya, gempa bumi terbesar di Jepun dan kelima terbesar dalam sejarah dunia itu bukan hanya menambah fakta mengenai bencana tetapi turut mengubah landskap dan perjalanan bumi ini.


Thursday, December 9, 2010

Kasihnya Ibu

Satu ceramah bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz Abdullah Mahmud, bekas ustz ATM sungguh menarik dan jarang kita dengar.  So kepada semua luangkan sedikit masa berharga dengan membaca sedutan ceramah istemewa ini untuk kita sama2 hayati dan amalkan sekadar mampu.


Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
*            Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita.  Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik.
*          Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.

Thursday, November 18, 2010

Harry Potter, The Deathly Hallows Part 1 -- Mendalam atau mendatar?

Buku terakhir ini turut menjadi milikku
Oleh SYAZWAN ZAKARIAH
syazwan_zakariah@astro.com.my

SAYA harus akui bukan peminat setia siri Harry Potter. Buku-bukunya tidak saya baca, tetapi setiap satu filemnya saya tonton. Sehingga siri keenam, secara peribadi, saya memilih filem yang ketiga, Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (2004) sebagai yang terbaik dari segi penceritaan dan nilai hiburan.
Masuk siri ketujuh, karakter Harry Potter bakal mencecah usia 17 tahun. Seiring dengan peningkatan usia lelaki itu, naskhah yang ditulis J.K Rowling semakin dewasa dan unsur-unsur sihirnya bertambah gelap. Siri ini bukan lagi sekadar produk fantasi untuk kanak-kanak kerana plotnya kian rumit.
Harry Potter and the Deathly Hallows Part 1 dibuka dengan suasana kelam, yang seterusnya menjadi teras kepada perasaan keseluruhan filem. Tiga sekawan iaitu Harry, Ron dan Hermoine digambarkan cuba 'mempertahankan' keluarga masing-masing daripada ancaman bahaya dalam pengembaraan akhir ini.

Friday, November 5, 2010

Keringnya Tasik Galilee = Turunlah Nabi Isa ke Bumi

Foto satelit Tasik Galilee
Wallahualam..

Tatkala Keringnya Tasik Galilee, Turunlah Nabi Isa ke Bumi (benarkah bakal berlaku 40 tahun lagi??? AL-QURAN & HADIS membuktikannya)

Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik Galilee? Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? 

Saya cuba mendapatkan beberapa pandangan dari beberapa sumber yang saya kira boleh dikongsi untuk kebaikan kita semua. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan penulis ini sendiri. Insya Allah.....


Wednesday, November 3, 2010

Alasan Anda Bercuti

Pulau Lang Tengah
Anda sebenarnya tidak perlukan sebarang sebab atau alasan untuk pergi bercuti. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, beb! Sebab-sebab berikut ini sekadar untuk menyedapkan hati sendiri:-

1 . Hargai segala kerja keras anda dan hadiahkan percutian ini untuk kekal bersemangat.
2. Mengingatkan diri bahawa dunia ini lebih luas dari perjalanan ulang-alik ke tempat tugas.
3. Menghargai ciptaan alam semula jadi.
4. (Tulis alasan anda di sini dan biarkan laman ini terbuka di pc anda untuk tatapan 'pihak-pihak berwajib').

Wednesday, September 1, 2010

Sejenak memikirkan usul Dalai Lama

Hari ni aku mula menyunting untuk helaian dari negara-negara 'kari'... yang paling menarik hari ni...

Tak kesian ke korang tengok rupa ayam bateri ni

"Dalai Lama sertai kempen menentang ayam bateri"

NEW DELHI, Rabu – Dalai Lama mengecam pembiakan ayam bateri dan menggesa pengguna supaya beralih untuk membeli telur daripada ayam yang dibela di luar reban, menurut satu kenyataan hari ini.
    “Dengan mengubah haiwan yang tidak berdaya ini menjadi mesin pengeluar telur adalah tidak berhati perut dan merendahkan martabat kita sebagai manusia,” ujar pemimpin Buddha itu.

'Malaikat' di Kaabah???

Petikan artikel yang menarik untuk difikirkan bersama... tks to Eel!

Pasti korang dah pernah tengokkan pasal video yg malaikat turun kat atas Ka'bah tu, tak kisahlah korang tengok kat youtube ke, kat facebook ke tapi saya pasti dan yakin rata2 kebanyakan daripada kita akan terus menerus percaya bulat2 yg video tu adalah real.

Jadi, apakah video tersebut real dan sah tak palsu? Hoho, saya begitu skeptic sekali kalau bab2 macam ni terutama sekali kalau dah campur aduk dengan bab2 agama ni. Jadi, saya pun cari video tersebut kat youtube, dan terjumpa satu video yg di upload oleh seorang hamba Allah yang menggunakan akal fikiran dia untuk menjelaskan kehadiran "malaikat" tersebut.

Sunday, August 29, 2010

Basuh dulu ye

Hari ni dapat satu email yang amat menarik perhatian aku... email pasal murtabak...

gambar hiasan
Enaknya murtabak bazar Ramadan! 



Monday, August 23, 2010

Eat Pray Love

kesan tumpahan kopi terlihat lak...huhu

Memula dengar macam pelik sket tajuk buku ni. Bila aku belek-belek penulisnya Elizabeth Gilbert (ok, that sounds familiar). Aku belek lagi dan mendapati karya tulisan minah ni telah terjual sebanyak lebih 6 juta salinan di seluruh dunia! Wow! Mesti best novel ni… kalau baca dia nye review pun hebat-hebat belaka. Jadi itulah antara faktor yang menarik minat aku untuk beli novel berhalaman 349 muka surat ni.


Thursday, August 19, 2010

Bittersweet


Siri ‘Little Black Dress’ terbaru yang aku baca ialah karya Sarah Monk bertajuk “Bittersweet”. Napa aku pilih buku ni… sebab memula aku tertarik untuk baca novel siri ‘Little Black Dress’ yang dibeli di MPH Bookstore di One Utama menjadikan aku seorang pembaca novel siri tegar. Hahaha!
            Tapi ni merupakan novel pertama hasil tulisan selain Marissa Mackle yang tak akan aku missed untuk beli dan baca. Ok, tutup sekejap citer pasal buku-buku hasil tulisan minah tu. Aku nak konsentret yang terbaru ni dulu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails