kesan tumpahan kopi terlihat lak...huhu |
Memula dengar macam pelik sket tajuk buku ni. Bila aku belek-belek penulisnya Elizabeth Gilbert (ok, that sounds familiar). Aku belek lagi dan mendapati karya tulisan minah ni telah terjual sebanyak lebih 6 juta salinan di seluruh dunia! Wow! Mesti best novel ni… kalau baca dia nye review pun hebat-hebat belaka. Jadi itulah antara faktor yang menarik minat aku untuk beli novel berhalaman 349 muka surat ni.
Citernye mengenai kisah benar penulis sendiri, Elizabeth (slps ni akan ditulis sbg Liz), 30-an (semasa menulis novel ini), yang terpaksa berdepan dengan kegagalan perkahwinannya. Dia kemudiannya memutuskan untuk (apa yang difikirkannya) mencari diri sendiri – untuk mengenali diri dan menyayangi diri.
Pencariannya itu membuatkan Liz menjelajah ke 3 lokasi – Rom, India, Bali – yang setiap satunya memberikan Liz pengalaman yang berbeza.
Di Rom dia menghabiskan masa hanya untuk mempelajari bahasa Itali dan menikmati kehidupan di bandaraya yang terkenal dengan romantika de amour.
Kemudian, ke Mumbai, India, semata-mata untuk bermeditasi dan yoga (sanggup tinggal di sebuah ashram untuk mendalaminya). Selain itu, dia berasa puas dapat memberus lantai kuil berkenaan.
Puas berada di India untuk sekurang-kurangnya 6 bulan, dia ke Bali, Indonesia pula. Di sini dia sekadar menikmati kehidupan harian yang tenang, damai. Dan tanpa disangka menemui jodohnya di sini.
Rasa seronok baca novel ni sebab ia turut membawa pembaca seolah-olah berada di tempat tersebut. Patutlah kalau novel ni telah terjual dengan begitu banyak sekali.
Aku tak sabar-sabar nak baca novel sekuelnya – Committed: A Skeptic Makes Peace With Marriage yang dilancar pada Januari. Puas aku keluar masuk kedai buku di Brunei ni untuk mendapatkannya tapi setakat ni masih tak berjaya. Agaknya kena tunggu jugak aku balik KL dan bergegas ke MPH ke, Kinokuniya ke, Boarders ke… aduh!
Selain tu ada sesuatu lagi yang menarik mengenai Elizabeth Gilbert ini. Hasil penjualan hakcipta novel ini untuk dijadikan filem (lakonan Julia Robert yang mula ditayangkan di AS pada Jumaat lepas), dia telah membuka sebuah kedai yang menjual pelbagai barangan eksotik yang diperolehi dan dibelinya di sepanjang penjelajahan beliau bersama suami ke serata Asia Tenggara. Kedai yang diberi nama Two Buttons ini dibuka di sebuah pekan yang terletak di persisir Delaware River, Perancis.
Bila lak nak dapat tgk filem nih atau g kedai ni |
Sungguh, aku kagum dengan penjelajahan (ala bajet) penulis ini bersama suaminya. Boleh pula terfikir untuk membeli sekecil-kecil cenderahati untuk dijual semula dan mampu mengaut keuntungan daripadanya.
Aku selalu menanamkan dalam kepala otak bahawa “I just don’t have to think out of the box, but I must create the box!” Buka minda, berani melangkah untuk keluar daripada kepompong, barulah kita boleh berjaya. Dunia dikejar, akhirat usah dilupa… ok… Salam…
No comments:
Post a Comment