Tuesday, August 24, 2010

Restoran Aneka Rasa @Kiulap

Alhamdulillah, hari ni dapat berbuka di sebuah restoran milik rakyat M'sia yang terkenal di Brunei iaitu Aneka Rasa. Terletak di Kiulap, dekat dengan sungai (kalau naik bot dari Bandar, bgtau je nak ke sini). 
Semenjak dari hujung minggu lalu aku nak ke sini dengan rakan seopis, Kak Aida & suami. Tapi tertangguh disebabkan beberapa hal. Hari ni dia dah start cuti dan ambil aku di opis selepas berbuka puasa tadi (jamah kurma sket dan minum air). 


Di Brunei, sesuatu yang amat dinanti-nantikan sepanjang bulan Ramadan ialah perang bufet. Memang banyak restoran (selain hotel la kan) yang menawarkan bufet yang murah-murah. Cuma bayar BND11.50 untuk berbuka puasa di Aneka Rasa (lagi sekali nak tekankan, kepada org yg tinggal dan bekerja di sini, tak perlu laa nak convert RM).
Juadah yang disediakan pula memang banyak dan sedap-sedap belaka. Istimewanya, setiap hari ia menyediakan juadah yang berlainan. Macam hari ini juadah-juadah dari utara memenuhi selera pelanggannya.
Kami bertiga memang suka makan kat sini. Kalau hari biasa tu (bukan Ramadhan ler) bufet tengahari hanya berjumlah BND6 (termasuk air) dan bufet makan malam BND8.
Malangnya, perut aku bukan macam stoking. Takleh nak mengembang untuk aku makan banyak-banyak. Tapi alhamdulillah... makan malam di bawah perbelanjaan Kak Aida & suami. Terima kasih daun keladi, lainkali leh belanja lagi. Hihihihi....
Ramai makan kat sini, kena ler booking tempat dulu


Ruang bufet

Belasahanku -- butterprawn, begedil (fav aku)

Pencuci mulut -- kopi 'o' & bubur lambuk
Cendol sgt popular di bulan puasa di Brunei

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails