Selepas lima hari menunaikan ibadah puasa di perantauan, terasa semakin mudah. Pada awalnya agak janggal kerana juadah yang seringkali mudah diperolehi di semenanjung, tidak dapat ditemui di sini. Contohnya kegemaranku, ayam tengkorak goreng (ada yg panggil dinasour), popiah basah, dan tau fu fah... sedih betul!
Tapi kesedihanku tidak lama kerana hari kedua puasa aku dapat pulang ke semenanjung untuk seketika. Dapatlah menjelajah beberapa bazar Ramadan di kawasan Sg Buloh dan membeli juadah2 yang disebutkan di atas. Alhamdulillah... paling seronok bila surprise untuk mama dan ayah menjadi. Sampai sekarang diorg kata rasa macam mimpi bila aku tiba-tiba terpacul di depan pintu rumah mereka, Jumaat lepas.
Tempoh tersebut memanglah teramat singkat kurasakan. Tapi dapat jua ku menjenguk atuk nenek di kampung yang sedang uzur kerana sakit tua. Sedih bila mengenangkan mereka semua. Sekurang-kurangnya terubat rasa rindu mereka terhadap aku yang tiba2 memutuskan untuk berhijrah sejauh ini.
Masa bersama suami pula memang dirasakan tidak mencukupi, sehinggakan akhirnya encik suami menegaskan untuk aku tidak berlama-lamaan mencari rezeki di perantauan. Apabila semua dah selesai dan urusan semakin baik, aku akan pulang ke kampung halaman. Berada dekat di sisinya supaya keluarga lebih lengkap dan bahagia.
Ramadan di sini tidak jauh berbeza dengan tanahair... walaupun masa lebih pantas berlalu dan cepat pula berbuka (dipanggil 'sungkai'). Uniknya, tepat jam 12 malam (disebabkan aku tinggal bersebelahan dengan Kampung Air) letupan meriam kedengaran menandakan masuk waktu untuk rakyat semua mula bersahur sehingga jam 4.47 pagi. Memula rasa terkejut opocot jugaklah semasa terdengar sedas bunyi letupan, tapi cepat2 teringat rakan2 di sini yang telah bercerita mengenainya sebelum ini. Hehehe.
Aku masih belum berkesempatan ke bazar2 (dipanggil tamu) Ramadan yang lebih besar di sekitar kawasan ni... maklumlah, tiada kenderaan untuk aku sewenang-wenangnya pergi ke sana ke mari. Dan aku memutuskan untuk tidak membawa kereta kesayangan dari semenanjung atau membeli kereta lain di sini. Lebih baik aku simpan duit tu untuk masa depan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang!
Yang pastinya, hidup di perantauan, jauh daripada insan dan keluarga tersayang memang memerlukan daya ketahanan mental dan fizikal yang kuat. Itulah doaku saban waktu tanpa kenal erti jemu. Supaya Allah akan terus mengurniakan aku ketabahan, kesabaran dan ketenangan sepanjang berada di bumi ini tanpa insan-insan tersayang. InsyaAllah... Setakat ni aku mampu dan aku boleh.
Apa jua yang dilakukan, kita mesti kuatkan iman dan semangat. Itulah aku.....................
No comments:
Post a Comment