Begitulah keadaan aku sementara menanti masuknya waktu berbuka puasa di sini. Maghrib di Brunei lebih awal sejam berbanding di semenanjung. Hari ni jam 6.32. Semakin hari lebih pantas seminit daripada semalam.
Tadi aku sempat dibawa oleh bos (dia ler pun yang rajin membawaku dan seorang lagi staf) ke Pasar Gadong. Selama ni cuma beli kat foodcourt berdekatan opis je. Tapi hari ni saje nak menjelajah ke sana. Kalau org tanya lepas ni, boleh ler kata, dah pegi, kan...
Aku sempat beli nasi ayam (BND2) dan dua cucuk tongkeng ayam bakar (BND2). Cukuplah, rambang mata dibuatnya kalau lama2 kat sini. Sekali balik opis, bau asap melekat daa kat kami bertiga. Hihihi...
Ok... nak berbuka dah... selamat berbuka lah ye!
Ini dah dianggap paling sesak di Brunei |
Alamak, asap ler... |
menggiurkan |
besarnye ikan panggang... kat sini popular! |
best nye puasa di brunei..
ReplyDeletekalau camtu laa dia dah kate jam.. camner kalau diorg datang kl.. huhuh terbayang Jalan Tun Razak.. adehhhh
ReplyDeletediana : rasanya tak sama seperti di tanah tumpah darah sendiri. Macam2 juadah semenanjung yang sangat dirindui. Huhu...
ReplyDeletebemie: ye, itulah persoalannya kan... cuba bygkan jalan TAR, TTDI dan lain2 lah! In fact, bos pun pelik camne kita kat KL leh bertahan dengan kesesakan tu semua. Camno aku nak jawab tu...