Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Tuesday, January 3, 2012

berakhir 2011... bermula 2012

Sekian lama menyepi tanpa berita di sini... sehinggakan bersawang-sawang blog ni dibuatnya. Apakan daya, kesibukan bekerja sendiri ternyata tak sama dengan bekerja makan gaji. Segalanya diutamakan. Masa itu bagaikan emas. Berlalu tanpa melakukan apa-apa bermakna tiada rezeki yang menanti. Syukur alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar semenjak aku mengambil keputusan untuk meletak jawatan di negara orang tiga bulan lalu.


Sunday, August 21, 2011

Kepulangan yang dinanti

Oops... bukan sekadar lagu raya yang dinyanyikan Aman Shah, tapi ia juga ternyata kepulangan yang kunanti-nantikan selepas kali terakhir balik KL, Mei lalu... Oh, sungguh kurindukan suasana kota yang hiruk-pikuk tu, selain kawan-kawan yang juga hiruk-pikuk!

Lama jugak tak menjengah dan menulis di blog sendiri. Selain takde idea, malas pun iye, takde masa pun iye jugak. Sementelah genap setahun lebih aku berada di negara orang, yang terlalu jauh bezanya dengan tempat kelahiran dan kebesaranku, aku ambil keputusan drastik untuk meletak jawatan.


Monday, April 18, 2011

Latest from Nursery Schools:


                                  
A:   APPLE                    


B:   BLUETOOTH
 
C:   CHAT 


Monday, April 11, 2011

"Today is beautiful"

A blind boy sat on the steps of a building with a hat by his feet. He held up a sign which said: "I am blind, please help."
There were only a few coins in the hat.
A man was walking by. He took a few coins from his pocket and dropped them into the hat.
He then took the sign, turned it around, and wrote some words.
He put the sign back so that everyone who walked by would see the new words.
Soon the hat began to fill up. A lot more people were giving money to the blind boy.
That afternoon the man who had changed the sign came to see how things were.
The boy recognized his footsteps and asked, "Were you the one who changed my sign this morning? What did you write?"
The man said, "I only wrote the truth. I said what you said but in a different way." I wrote: "Today is a beautiful day but I cannot see it."
Both signs told people that the boy was blind. But the first sign simply said the boy was blind. The second sign told people that they were so lucky that they were not blind.
Should we be surprised that the second sign was more effective?
Moral of the Story: Be thankful for what you have.. Be creative. Be innovative. Think differently and positively.
When life gives you a 100 reasons to cry, show life that you have 1000 reasons to smile.
Face your past without regret.
Handle your present with confidence.
Prepare for the future without fear. Keep the faith and drop the fear.
The most beautiful thing is to see a person smiling.
And even more beautiful, is knowing that you are the reason behind it!!!
If you appreciate this message, please share. You may touch someone's heart today and forever.
Enjoy your day with a heart of gratitude..
Published with Blogger-droid v1.6.8

Saturday, April 9, 2011

April 2011

April datang lagi.
Rindu setia menemani.
Menyerah diri pada Ilahi.
Semoga perjalanan terus dilindungi.
Dan semoga kami terus dimurahkan rezeki.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Thursday, March 3, 2011

It's already March

How times fly... It's already March. And it's going to be our 1st wedding anniversary. Alhamdulillah. Life is getting better and smoother. May Allah granted us a beautiful baby in near future. Ameen.
Published with Blogger-droid v1.6.7

Sunday, February 6, 2011

Salam Februari


Bulan Februari... bulan kedua untuk 2011 begitu pantas menjengah tiba... sedar tak sedar dah lebih sebulan berada di tahun yang akan menjanjikan pelbagai warna... dan dalam diam aku juga memasuki bulan ketujuh di bumi asing ini... jauh dari tanah tumpahnya darahku, dari suami tercinta, dari keluarga tersayang... yang dirindui dan sering didambakan...
Selepas Februari masuk Mac pula... 

Saturday, January 8, 2011

Goodbyes 2010, welcome 2011!

Salam,

Yeah, i know i'm a little bit late for the wish.. it's already been a week in 2011. But it's never too late i guess to welcoming a bright, fresh new year ahead... 
So let 2010 by gone be by gone though it has been a very good year for me -- being a wife to a lovely husband (heck, which husband/wife is not lovable right??), being a better person, a better muslimah (insyaAllah), a certified scuba diver, a boost in my entire life of career (which i've never dreamt of!), an expatriate (though it's only across South China Sea) and every single thing in my life was great last year! Give a big clap!!!
So, what to expect in 2011? I pray to Allah to give us a bubbly-cute-lovely baby this year (if it's twin, much better huh)... hope our marriage would be better, smooth journey and full of love, wealth, health... insyaAllah...
And i really wish that i could be right by my husband's and family's side in the near future. My love has always been with them through my entire life... without them, without their support, without their 'doa', i would've never been at this stage...
Last but not least... my al-fatihah and doa to my late grandpa who passed away on the 2nd day, 2011... may his soul be rest in peace...Amin...

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidiladha


Di saat diri jauh di perantauan... walau tidaklah sejauh mana sehingga ke benua Eropah, Afrika atau yang sekutu dengannya, ye, aku masih jauh dari ahli keluarga yang tersayang. Dipisahkan dengan Laut China Selatan, beribu km jauhnya dari ibu negara Kuala Lumpur yang aku rindui... gema takbir sayup kedengaran saat melangkah pulang selepas waktu kerja malam tadi... Sayu kurasakan...


Tuesday, September 7, 2010

daging kambing panggang

Malam tadi hanya bersahur dengan air teh 'o' panas dan daging kambing panggang yang dibeli di bazar. Jadilah, alhamdulillah...

BND5 sebungkus


Monday, September 6, 2010

menghampiri penghujung Ramadan

Dah nak akhir-akhir Ramadan ni banyak kedai jual juadah berbuka yang dah tutup. Terutamanya yang aku suka pergi. Jadi hari ni terpaksa menjelajah jauh sikit ke stadium Hassanal Bolkiah lagi.

Bila dah di bazar memang rambang mata la. Tapi selera tak berapa. Akhirnya cuma beli nasi ayam penyet (tak dapat tandingi nasi ayam penyet Wong Solo di KL, pastinya) dan jalan punya jalan, jumpa daging kambing panggang. Boleh laa buat sahur sekali fikirku. 

Nak akhir-akhir ni pun semakin lemah rasa badan. Penat sangat agaknya. Semoga terus dikurniakan kesihatan yang memuaskan. 

roti jala yang berinti -- pilihan udang, daging, ayam. Sedap!

nasi ayam penyet

Sunday, September 5, 2010

SELAMAT HARI RAYA

Mata Mata seisi keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua


Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010 : Maaf Zahir Batin

Gulai daging kawah

Dah sejam selepas meriam diletupkan (yang mengejutkan aku utk kesekian kalinya selama sebulan ni) tanda rakyat Brunei mula bersahur sehinggalah waktu imsak nanti... Ditemani bunyi2an dari unggas, katak, cengkerik di luar sana (mengada malam ni bukak tingkap sbb sejuk hujan lebat petang tadi, tak sanggup ku nak 'on' penghawa dingin kecuali nak tido nanti). Ber'BW'... perut pun dah lapar. Teringat lemang yang dibeli tadi. Sahur terus pun cantik gak nih... kena lak teh 'o' panas... pergh.... macam hari raya pulak dah....

semua di tangan anda... hehehe...
Selamat bersahur!!!

p/s: Sentap betul laa BB nih!!!!

Jalan-jalan hujung minggu

Hujung minggu ni adalah yang terakhir Ramadan sebelum semua umat Islam beraya minggu depan. Disebabkan hari cuti, ada plk geng ajak keluar merewang dan berbuka puasa di luar, aku pun berjalan sakan ler (smpai sakit kepala sebelum berbuka tadi).





Wednesday, September 1, 2010

Lagu Raya di perantauan

Sebelum ni (dan selama ni) tak pernah kisah pun kalau dengar lagu raya yang dimainkan di corong-corong radio kat Malaysia tu. Siap boleh ikut nyanyi bersama sambil bergurau senda dengan rakan-rakan lain. 
Tapi sekarang, suasana jauh berbeza...

Tuesday, August 31, 2010

damai di Bandar

Hari ni berkesempatan membeli juadah berbuka di Bandar. Kalau di KL tu kira macam Jalan TAR la. Tapi yang membezakan adalah keadaan jalan rayanya yang aman damai...

Antara lorong pejalan kaki di Bandar


Monday, August 30, 2010

specially printed

Aaaa hah! This t-shirt was specially printed by En.Suami

Tq so much!

Harry Potter special edition

rasa

Sejak kebelakangan ni hati terasa sayu... rasa rindu yang teramat-sangat dengan yang tersayang... Aduh, walaupun tahu hanya tinggal seminggu untuk berjumpa di sini sempena Hari Raya minggu depan... tapi apa pulak yang akan berlaku selepas itu, selepas semuanya kembali ke semenanjung???

Wahai hati... bersabarlah.....................................


Sunday, August 29, 2010

Sesi berbuka puasa 'potluck'

Macam yang diceritakan sebelum ni, ada sesi makan2 potluck kat rumah kawan... macam2 juadah ada. Alhamdulillah...

antara kuih muih yang terhidang

Saturday, August 28, 2010

puasa di hari cuti ujung minggu

Hari ni aku sempat lagi pegi bazar Ramadan di stadium sekali lagi. Tp kali ni nak beli 'potluck tunjuk' utk sesi berbuka puasa di rumah seorang rakan sekerja. Dia ada buat kelas masakan lps asar ni sbb org gaji dia dah nak balik Indo 1hb nih... hehehe. Aku lak mmg jarang masak sejak dok sorang kat sini tanpa keluarga, so beli je la. Sambil2 tu leh cuci mata tgk juadah kat sini...

Utk potluck, aku beli ketam masak cili BND6 sebungkus


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails