Sunday, February 6, 2011

Salam Februari


Bulan Februari... bulan kedua untuk 2011 begitu pantas menjengah tiba... sedar tak sedar dah lebih sebulan berada di tahun yang akan menjanjikan pelbagai warna... dan dalam diam aku juga memasuki bulan ketujuh di bumi asing ini... jauh dari tanah tumpahnya darahku, dari suami tercinta, dari keluarga tersayang... yang dirindui dan sering didambakan...
Selepas Februari masuk Mac pula... 
dan genaplah setahun perkahwinan kami termeterai... sekejapnya rasa berlalu. Pejam celik pejam celik, tahu-tahu dah setahun hidup bergelar suami isteri.
Apakah agaknya yang bakal menanti pada Februari ini. Bulan lepas aku berjaya pulang buat seketika ke pangkuan insan-insan yang disayangi. Suami pula pada bulan ini akan usailah tugas selama 3 bulan yang memerlukan komitmennya yang tinggi sehingga terpaksa menundakan perjalanan ke sini. Alhamdulillah, selesai juga tanggungjawab tersebut. Semoga akan ada lagi pintu-pintu rezeki untuk suami selepas ini.
Februari, buat pertama kali juga aku menjejakkan kaki ke klinik kerana diserang sakit mata sepanjang aku berada di sini. Genap enam bulan mengharungi cabaran, sakit demam, akhirnya ke klinik juga aku dan diberikan cuti sakit selama dua hari. Memang pecah rekod.
Dan Februari... terima kasih, kerana ia bermula dengan berita baik, selain tugas yang disahkan begitu juga rezeki yang melimpah ruah. Alhamdulillah. Segala pengorbanan dan kesabaran akhirnya terbalas jua.
Semoga bulan-bulan seterusnya akan menjanjikan yang indah-indah lagi buat kami sekeluarga. InsyaAllah...
Dan aku... seperti dandelion... kecil dan mampu berdiri di mana jua aku ditempatkan, dengan izin Allah dan restu suami, pastinya...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails