Oops... bukan sekadar lagu raya yang dinyanyikan Aman Shah, tapi ia juga ternyata kepulangan yang kunanti-nantikan selepas kali terakhir balik KL, Mei lalu... Oh, sungguh kurindukan suasana kota yang hiruk-pikuk tu, selain kawan-kawan yang juga hiruk-pikuk!
Lama jugak tak menjengah dan menulis di blog sendiri. Selain takde idea, malas pun iye, takde masa pun iye jugak. Sementelah genap setahun lebih aku berada di negara orang, yang terlalu jauh bezanya dengan tempat kelahiran dan kebesaranku, aku ambil keputusan drastik untuk meletak jawatan.
Iye, tepat 15 Ogos, kuserahkan notis letak jawatan berkuatkuasa 1 Sept. Ini bermakna selepas balik KL untuk cuti hari raya 10 Sept ni, aku hanya ada 3 minggu di sini. Cukuplah. Cukup rasanya berada di perantauan seorang diri. Suka duka pahit manis semuanya aku dah rasa dan tiba masa untuk aku pulang ke pangkuan suami dan keluarga tercinta. Mungkin pendapat orang lain: "Alahai, setahun je tahan ke?" Iye, aku mengaku, setahun itu sudah cukup banyak mengajar aku tentang perit getir berada di tempat orang berseorangan. Lepas ni susah senang, biarlah di depan mata insan-insan yang dicintai.
Walau apapun, ini adalah pengalaman yang amat berharga sepanjang hidup aku. Walau betapa susahnya, aku tetap berfikir bahawa tak semua orang berpeluang raih pengalaman macam ni. Takpelah, sekurang-kurangnya ada juga secebis cerita yang mampu kusampaikan kepada mereka yang ingin tahu.
Ini adalah ramadhan kedua buatku di perantauan, tetapi kali ni aku berpeluang menyambut Hari Raya bersama keluarga di KL. Alhamdulillah. Tahun lepas suami, mama, ayah, adik semua terbang ke sini untuk beraya bersamaku. Itu juga syukur kerana semua masih mampu meraikannya bersama-sama. Dan kali ini pastinya lebih gembira lagi.
Kudoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kami sekeluarga akan terus dirahmati dan diberkati oleh Yang Maha Esa sehingga bila-bila...
selamat hari raya ke 18 dan selamat hari malaysia ke 48 Kak Sri..;)
ReplyDeletehujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri..
selamat hari raya to u too dan selamat hari malaysia ke 48!
ReplyDelete:)