Sebelum ni (dan selama ni) tak pernah kisah pun kalau dengar lagu raya yang dimainkan di corong-corong radio kat Malaysia tu. Siap boleh ikut nyanyi bersama sambil bergurau senda dengan rakan-rakan lain.
Tapi sekarang, suasana jauh berbeza...
Hati terasa syahdu, sayu, sedih, pilu, rindu... semuanya menyebabkan airmata bergenang di kelopak mata. Setiap kali terdengar lagu-lagu raya. Macam semalam, dengar Sinar FM via streaming. Aduh aduh... bagai dihiris-hiris rasanya hati. Teringatkan kampung halaman... insan-insan yang terpaksa ditinggalkan demi mencari rezeki di negara orang. Kadang-kadang hati terpanggil nak balik. Tapi bukan setiap masa ada perbelanjaan yang mencukupi untuk pulang ke tanahair. Kena juga berjimat-cermat (barulah berbaloi bekerja jauh begini).
Untuk pertama kali juga, ahli keluarga tak dapat beraya di kampung tahun ini semata-mata nak beraya dengan aku di sini. Alhamdulillah, semua dapat bersama, kecuali keluarga mentua. Minta ampun pada mereka kerana tidak berkesempatan beraya bersama. InsyaAllah tahun depan giliran bersama mereka pula bila aku dapat pulang beraya di Semenanjung.
Baru kini lagu-lagu raya (yang terlalu banyak di Malaysia) lebih aku hargai... kepada kawan-kawan, bergembiralah dan bersyukurlah kerana berada di bumi Malaysia untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini.
owhhh tak sabar nak balik kampung
ReplyDeleteamira -- bagi yang masih berpeluang balik kampung, pulanglah selagi berkesempatan...
ReplyDelete