Wednesday, September 1, 2010

'Malaikat' di Kaabah???

Petikan artikel yang menarik untuk difikirkan bersama... tks to Eel!

Pasti korang dah pernah tengokkan pasal video yg malaikat turun kat atas Ka'bah tu, tak kisahlah korang tengok kat youtube ke, kat facebook ke tapi saya pasti dan yakin rata2 kebanyakan daripada kita akan terus menerus percaya bulat2 yg video tu adalah real.

Jadi, apakah video tersebut real dan sah tak palsu? Hoho, saya begitu skeptic sekali kalau bab2 macam ni terutama sekali kalau dah campur aduk dengan bab2 agama ni. Jadi, saya pun cari video tersebut kat youtube, dan terjumpa satu video yg di upload oleh seorang hamba Allah yang menggunakan akal fikiran dia untuk menjelaskan kehadiran "malaikat" tersebut.
Pertama:

Bagi cahaya yang kononnya malaikat tengah terbang mendarat kat atas Ka'bah tu, ni explanation dia. Pernah tak semasa anda menangkap gambar/video, ada suatu cahaya putih di footage tersebut? Hoho, tak perlu nak jadi saintifik kat sini, pasti korang tau cahaya tersebut bukannya disebabkan cahaya malaikat yg lalu dekat korang tapi hasil daripada pembiasan cahaya.


Pembiasan cahaya yang disangkakan "malaikat".

Kedua:

Cuba tengok pada awal video dan semasa "malaikat" tersebut berada kat atas Ka'bah. Dengan secara tiba-tibanya, muncul garisan putih kat Ka'bah. Perhatikan di bawah:


Perhatikan tiada garisan putih di awal video.

Perhatikan dengan tiba2 wujud garisan putih tersebut.



Kesimpulannya, janganlah kita mudah terpengaruh dan mudah tertipu dengan video-video seperti ini. Sesungguhnya kita dianugerahkan akal untuk berfikir. Macam saya nyatakan sebelum ni, orang kita kebiasaannya akan terus tunduk dan ikut telunjuk tanpa mengkaji dengan lebih terperinci terlebih dahulu. Namun, ada segelintir tersalah konsep sekiranya tidak percaya perkara macam ini, kita boleh jatuh kafir. Ya, kita WAJIB percaya kepada MALAIKAT, tetapi BUKAN KEPADA VIDEO2 KARUT macam ini. Kaji dulu sesuatu berita tersebut sebelum menyebarkannya. Ingatlah, musuh-musuh Islam akan SENTIASA menggunakan pelbagai teknik untuk memesongkan akidah umat kita. Harap dengan entri yg simple ni, kita sama2 dapat ambil sedikit sebanyak pengajaran, Insya-Allah.

Allahualam...

3 comments:

  1. Salam...
    Hahahaha, masa 1st time Peja tgk video ni kt FB, Peja terus komen yg Peja langsung xcaya ngan video ni.
    Tak sangka ramai plak orang marah kt Peja konon2nya Peja ni cm xleh nk terima kuasa Allah...
    Mmm, sehebat2 iman sahabat2 Rasulullah, sorang pun xpernah tgk malaikat, apatah lagi kite...

    ReplyDelete
  2. salam... ye betul la kan.. sedangkan sebelah sayap malaikat je mencapai berjuta batu... buat ingat2 ler...ada je pihak yg cuba memesongkan akidah umat Islam...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails