Sunday, August 22, 2010

Kisah berbuka lagi

Hari ni bos bawak jalan jauh sket beli juadah berbuka iaitu di Stadium Negara Hassanal Bolkiah -- venue Sea Games 1990 Brunei.
Katanya inilah bazar ramadhan yang terbesar di sini. Memang ramai la, lebih lagi dari Gadong tempohari. Tapi kat sini tak sesak. Cuma banyak kereta dan ramai orang. Aku pun apa lagi, cuci mata tgk kereta2 yg best kat sini. Tu je.
Tp disebabkan membeli belah dalam keadaan lapar, mata jadi rambang, nafsu mula menguasai diri.



Selalunya cukup utk aku makan nasi sekali satu malam waktu berbuka. Hari ni siap beli nasi campur untuk bersahur lagi! Bila balik, nyesal jap. Tamak haloba nye pasal (babah jgn marah ye, tak membazir, balik nanti bu makan, ok).
Beli cendol pulak lagi! Biasanya cukup la untuk aku berbuka dengan air panas 3 in one. Ok Ok... aku nyesal lagi jap. Tp tak baik kan, rezeki hari ni. Takpelah... alhamdulillah...
berderet-deret kereta park di sepanjang jln masuk

ramai nye orang...

sempat pose sebelum balik opis

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails