Cuma nak cerita masa membeli juadah berbuka tadi aku sempat ronda2 kawasan food court di Sumbangsih (area tempat keje je) untuk cari makanan lain... Tapi tah camne aku leh terpaku di depan makcik yang sedang membaca Al-Quran, bukan sekadar faktor juadah yang dijual iaitu bubur pulut hitam (ooh, my fav!!!) tetapi melihatkan wajahnya yang ayu dan lembut di mata aku. Rasanya dah banyak kali jugak aku berpusing2 kat tempat yang sama, cuma tak pernah nampak makcik ni.
Dijadikan cerita, dapatla sembang2 kejap dgn makcik ni. Sbb dia tanya sama ada aku orang tempatan. Bila aku kata dari KL dan mahu berlalu selepas membayar harga juadah, dia menahanku dan membungkuskan satu lagi bubur pulut hitam. Katanya sedekah. Subhanallah alhamdulillah. Rezeki hari ini. Semasa menghulurkan bubur, dia sempat mendoakan semoga aku murah rezeki dan aku membalas ucapan yang sama. Aku senyum -- gembira, besar hati, terharu -- sampai la sekarang. Masih teringat wajahnya yang lembut.Semoga makcik penjual ni beroleh kesejahteraan dunia akhirat dan dimurahkan rezeki.
rezeki Ramadan -- bubur pulut hitam BND1 je |
ye diana... alhamdulillah...
ReplyDelete