Monday, July 26, 2010

~3 minggu!!!~


Assalamualaikum,

Genap 3 minggu aku berada di bahagian bumi ini. Alhamdulillah... semuanya semakin mudah. Mulai cuba naik bas dari Berakas ke Bandar. Berjalan kaki dari Bandar balik ke rumah (lain kali naik bot ye, tak penat). Sering berulang-alik ke kedai runcit di hadapan rumah untuk membeli apa jua yang diinginkan. Lepas ni mula berfikir sama ada nak beli tv dulu ke atau netbook dulu. Kalau ada netbook mudah nak update FB dan blog. Hmmm... masih lagi survey harga......

Sunday, July 18, 2010

~Dua minggu babeh!~


Yeargh!!! Sudah dua minggu aku berada di sini... Kira berjaya jgk laa tempuh seminggu lagi selepas habis seminggu pertama homesick! Adoi! Skang dah ok... tak nak layan perasaan sangat sebab AirAsia tengah murah!!!! Weeeeeeeeee!!!!!!!!! Hepi jgn tak hepi! Hehehehe... lepas raya Babah datang sini lagi... yesss! Nak cek lagi laa tiket murah... hehehe...

OK... ni je kot... ciao!

Thursday, July 15, 2010

~Am ok~


I'm going to smile like nothing is wrong...
talk like everything is perfect...
act like it's all a dream...
and pretend it's not hunting me...

Tuesday, July 13, 2010

Sunday, July 11, 2010

~Genap seminggu!!!~


Bertemu kembali....
Genap seminggu aku berada di Bandar Seri Begawan!!! Yay! Minggu yang penuh dengan airmata dan emosi... Berjaya jugak aku menghabiskan minggu ini.
Yang paling best bila dapat ke Miri, Sarawak, bagi menghabiskan cuti hujung minggu, walaupun hari ni hari bekerja semula! Tak kisah la, janji dapat jejak M'sia! Hahahaha! Rasa teruja membuak-buak ketika berada di Miri... sempat shopping beberapa barang yang aku perlukan (konfem kat BSB mahal benda-benda yang aku nak ni, so no regret!)
Selain dapat menggunakan sepenuhnya BB aku yang dah seminggu terperap hanya guna application biasa... di Miri aku puas guna YM, FB, sampai tido lambat mlm tadi. Walhal kena bangun awal untuk kembali ke BSB...
Anyway, nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada Kak Aida serta keluarga Encik Rahim dan Kak An sebab sudi bawak aku ke Miri walaupun terpaksa berhimpit-himpit dengan anak-anak Encik Rahim... Maaf kalau menyusahkan, hanya Allah yang mampu membalas budi baik semua orang di sini... semoga terus dirahmatiNya dan dimurahkan rezeki......
Aku sebenarnya merancang sesuatu... tapi biarlah dahulu... harap-harap semuanya berjalan lancar dan dapat ditunaikan... (ok babah.... kita je yang tau ye... ehhehe).
Adios!
Akhirnya M'sia!!! Yay!

Friday, July 9, 2010

~ Hari Kelima~


Diam tak diam dah 5 hari aku kat BSB... fuh... tiap2 hari mintak Allah terus kuatkan semangat dan tabahkan diri aku... masalahnya email2 ayah selalu tangkap jiwa punye... aduh aduh!!!
Ok... esok my day-off! Fuh, finally! Tapi nak ke mana ek... ada hati nak berjalan2 seluruh Brunei ni... Tp segannya nak ke sana ke mari dengan famili En.Amnri yang terlalu baik ni... dah la makanan buka puasa kat opis pun ditapaukan.... Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan mereka semua di sini.
Harapnya semua berjalan semakin lancar... semakin dipermudahkan... dan terus mendapat keredhaan dan keberkatan-Nya... Amin... 
Semua orang baik-baik di sini... syukur alhamdulillah... dan semuanya telah lama berada di sini, ada yang sampai mencecah 10 tahun! Kagum betul... silap2 aku pun terjebak sama lama2 kat BSB ni... Hehe... Kalau diorg boleh, mesti aku pun boleh kan...
Orait... nak chow chin chow... hari ni tumpang Kak Aida untuk perjalanan balik... hehehe... 

Sehingga bertemu lagi!


Monday, July 5, 2010

~Hari Pertama Kerja di Brunei~

Assalamualaikum....

Hari pertama melangkahkan kaki ke tempat kerja di Brunei... perasaan bercampur baur --> gembira, bangga, terharu, sedih -- segalanya ada... rasa mcm mimpi... tp bila malam menjelma, bayangan insan-insan tersayang bermain-main di mata dan minda... aduh, tak tertahan rasanya... Tapi bila mengenangkan semuanya adalah untuk kebaikan keluarga, aku terpaksa gagahi jua...

Hari ni tak banyak perkara yang ditempuh... sekadar melunaskan dua muka surat artikel yang ditugaskan. Mujur dah terbiasa dgn deadline setiap satu jam, kali ni tempoh yang diberi rasa terlalu lama walaupun tugas itu mampu kusiapkan dalam tempoh tak sampai sejam untuk dua tugasan tersebut. Hehehe... hari pertama, bos mungkin rasa kesian sket... tp tunggu la esok lusa... atau dah pandai melampau...

Apapun, segalanya alhamdulillah... Pagi tadi sempat cari dan beli nombor telefon tempatan. Terus hubungi babah, ayah dan mama. Ayah terus hubungi aku kat sini... seronok dapat dengar suaranya! hehehe... (cukup-cukup citer psl ni, airmata mudah sgt nak keluar semenjak dua menjak ni)...

Babah... harap dapat cepat dtg sini ok... lindu sangat!!!

Thursday, July 1, 2010

~Masa itu...~

Masa itu emas... semakin ia sukar dipenuhi semakin ia berharga... kala ini masa begitu pantas berlalu.... semakin dihitung semakin laju...
Hanya tinggal lebih kurang 3 hari lagi untuk aku melulaskan diri bersama insan-insan tersayang sebelum meneruskan langkah mencari rezeki demi masa depan di tempat orang pada 4 Julai (Ahad) ini... Namun berbekalkan semangat, kasih sayang dan harapan mereka yang dicintai, kugagahi jua langkah itu walau agak berat untuk memulakan.
Apapun aku yakin semuanya ditentukan oleh Allah swt hasil doa dan usahaku yang tidak putus-putus tanpa mengenal jemu selama ini.
Kepada mereka yang pernah memandang rendah dan enteng akan keupayaan orang lain, tiba masanya untuk menilai diri sendiri sejauh mana mereka telah pergi dan alami.
Kepada Allah ku bermohon supaya sentiasa dipermudahkan langkah dan segala urusan. Semoga terus memberkati kehidupan ini. Syukur alhamdulillah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails