Thursday, July 1, 2010

~Masa itu...~

Masa itu emas... semakin ia sukar dipenuhi semakin ia berharga... kala ini masa begitu pantas berlalu.... semakin dihitung semakin laju...
Hanya tinggal lebih kurang 3 hari lagi untuk aku melulaskan diri bersama insan-insan tersayang sebelum meneruskan langkah mencari rezeki demi masa depan di tempat orang pada 4 Julai (Ahad) ini... Namun berbekalkan semangat, kasih sayang dan harapan mereka yang dicintai, kugagahi jua langkah itu walau agak berat untuk memulakan.
Apapun aku yakin semuanya ditentukan oleh Allah swt hasil doa dan usahaku yang tidak putus-putus tanpa mengenal jemu selama ini.
Kepada mereka yang pernah memandang rendah dan enteng akan keupayaan orang lain, tiba masanya untuk menilai diri sendiri sejauh mana mereka telah pergi dan alami.
Kepada Allah ku bermohon supaya sentiasa dipermudahkan langkah dan segala urusan. Semoga terus memberkati kehidupan ini. Syukur alhamdulillah....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails