Friday, November 5, 2010

Lari-lari



Sejak aku berhijrah ke BSB, lama aku meninggalkan aktiviti larian a.k.a marathon bersama teman-teman seangkatan-sehatisejiwa... Kali terakhir aku menyertai marathon adalah dua minggu sebelum majlis persandingan aku (gila tak... hahahhaha!) iaitu Putrajaya Night Marathon yang diadakan pada Mac 2010 sempena Festival Putrajaya. Memang happening!



Putrajaya Night Marathon
Larian sejauh 7km itu yang paling jauh aku pernah sertai... Fuh, rasanya macam tak sampai2 ke garisan penamat! Ini gara-gara cabaran dari kaki se'marathon'an -- Indah Khairi (sblm ni tertaip Khusairi, mahap ler ye, laju beno menaip). Sebelum ni kami sama2 menyertai marathon di lebuhraya Duke utk Dukethon... Pun seronok jugak! Tapi itu hanya sejauh 5km.
Ikut hati, bercita-cita nak tambah jarak marathon ke 10 atau 11km selepas Putrajaya Night Marathon ni. Tapi tak kesampaian lagi apabila mendapat tawaran pekerjaan di negara orang.
Apapun, aku rindu untuk bermarathon bersama kawan-kawan...
Selepas penat berlari-larian bersama Indah Khairi @Dukethon
Geng Putrajaya Night Marathon

Sesi bergambar selepas tamat larian

Sebelum memulakan larian

5 comments:

  1. statement mantap nih.. " Ini gara-gara cabaran dari kaki se'marathon'an -- Indah Khusairi. ".. tp salah eja nama laa sri.. Indah Khairi.. Khusairi tu ibnu.. huhuh...

    ReplyDelete
  2. kt sana ade marathon tak?.. tringin gak nk marathon kt sana..

    ReplyDelete
  3. ha ah kan... suka-suki je aku... alaa, nak taip laju sgt masa wat entry ni.. mntk mahap ler yer...

    ReplyDelete
  4. ada jgk.. aku je yg tak join... hehehe... takde geng ler...

    ReplyDelete
  5. hehehe tadehal laa tu.. saje jek.. ehh sri, klu ade marathon yg best2 cam shape run, kl international marathon or sewaktu dengannya kt sana roger laa kami ni.. leh g sana reramai.. hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails