Monday, September 27, 2010

Mari makan ambuyat!

Sekali tengok macam gam kanji... tapi boleh dimakan
Kali pertama makan ambuyat, terus aku jatuh cinta! Lazat, mengenyangkan, bila makan panas-panas!


Monday, September 20, 2010

Hari hari Hari Raya Aidilfitri di BSB

Solat sunat Aidilfitri di Masjid Sir Omar Ali Saifuddien
Fuh... lebih seminggu tak jenguk blog nih. Berabuk dah. Sejak semua famili dan En.Suami tiba di Bandar Seri Begawan pada 8 September lalu. Semuanya selamat dapat berhari raya di sini. Apapun, hari hari Hari Raya Aidilfitri di BSB... sebulan Syawal...









Tuesday, September 7, 2010

daging kambing panggang

Malam tadi hanya bersahur dengan air teh 'o' panas dan daging kambing panggang yang dibeli di bazar. Jadilah, alhamdulillah...

BND5 sebungkus


Monday, September 6, 2010

menghampiri penghujung Ramadan

Dah nak akhir-akhir Ramadan ni banyak kedai jual juadah berbuka yang dah tutup. Terutamanya yang aku suka pergi. Jadi hari ni terpaksa menjelajah jauh sikit ke stadium Hassanal Bolkiah lagi.

Bila dah di bazar memang rambang mata la. Tapi selera tak berapa. Akhirnya cuma beli nasi ayam penyet (tak dapat tandingi nasi ayam penyet Wong Solo di KL, pastinya) dan jalan punya jalan, jumpa daging kambing panggang. Boleh laa buat sahur sekali fikirku. 

Nak akhir-akhir ni pun semakin lemah rasa badan. Penat sangat agaknya. Semoga terus dikurniakan kesihatan yang memuaskan. 

roti jala yang berinti -- pilihan udang, daging, ayam. Sedap!

nasi ayam penyet

Sunday, September 5, 2010

SELAMAT HARI RAYA

Mata Mata seisi keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua


Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010 : Maaf Zahir Batin

Gulai daging kawah

Dah sejam selepas meriam diletupkan (yang mengejutkan aku utk kesekian kalinya selama sebulan ni) tanda rakyat Brunei mula bersahur sehinggalah waktu imsak nanti... Ditemani bunyi2an dari unggas, katak, cengkerik di luar sana (mengada malam ni bukak tingkap sbb sejuk hujan lebat petang tadi, tak sanggup ku nak 'on' penghawa dingin kecuali nak tido nanti). Ber'BW'... perut pun dah lapar. Teringat lemang yang dibeli tadi. Sahur terus pun cantik gak nih... kena lak teh 'o' panas... pergh.... macam hari raya pulak dah....

semua di tangan anda... hehehe...
Selamat bersahur!!!

p/s: Sentap betul laa BB nih!!!!

Jalan-jalan hujung minggu

Hujung minggu ni adalah yang terakhir Ramadan sebelum semua umat Islam beraya minggu depan. Disebabkan hari cuti, ada plk geng ajak keluar merewang dan berbuka puasa di luar, aku pun berjalan sakan ler (smpai sakit kepala sebelum berbuka tadi).





Wednesday, September 1, 2010

Sejenak memikirkan usul Dalai Lama

Hari ni aku mula menyunting untuk helaian dari negara-negara 'kari'... yang paling menarik hari ni...

Tak kesian ke korang tengok rupa ayam bateri ni

"Dalai Lama sertai kempen menentang ayam bateri"

NEW DELHI, Rabu – Dalai Lama mengecam pembiakan ayam bateri dan menggesa pengguna supaya beralih untuk membeli telur daripada ayam yang dibela di luar reban, menurut satu kenyataan hari ini.
    “Dengan mengubah haiwan yang tidak berdaya ini menjadi mesin pengeluar telur adalah tidak berhati perut dan merendahkan martabat kita sebagai manusia,” ujar pemimpin Buddha itu.

'Malaikat' di Kaabah???

Petikan artikel yang menarik untuk difikirkan bersama... tks to Eel!

Pasti korang dah pernah tengokkan pasal video yg malaikat turun kat atas Ka'bah tu, tak kisahlah korang tengok kat youtube ke, kat facebook ke tapi saya pasti dan yakin rata2 kebanyakan daripada kita akan terus menerus percaya bulat2 yg video tu adalah real.

Jadi, apakah video tersebut real dan sah tak palsu? Hoho, saya begitu skeptic sekali kalau bab2 macam ni terutama sekali kalau dah campur aduk dengan bab2 agama ni. Jadi, saya pun cari video tersebut kat youtube, dan terjumpa satu video yg di upload oleh seorang hamba Allah yang menggunakan akal fikiran dia untuk menjelaskan kehadiran "malaikat" tersebut.

Lagu Raya di perantauan

Sebelum ni (dan selama ni) tak pernah kisah pun kalau dengar lagu raya yang dimainkan di corong-corong radio kat Malaysia tu. Siap boleh ikut nyanyi bersama sambil bergurau senda dengan rakan-rakan lain. 
Tapi sekarang, suasana jauh berbeza...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails