Kala pertanyaan ingin ke Kuching ditebak oleh bos di tempat kerja, hati melonjak girang. Takkan mudah kulepaskan walau ia hanya "Malaysia". Selagi daya, aku mahu menjelajah ke seluruh pelusuk tanah airku sendiri sebelum berpeluang mengembara ke tanah asing.
Lima hari lamanya akan aku gunakan sebaik mungkin, walaupun jadual padat dengan kerja. Namun di sisi tugas penting, tugas yang lain hanyalah berjalan-jalan, mendapatkan input untuk dihasilkan dalam nukilan sejurus kembali ke pejabat.
Penerbangan selama 1 jam 15 minit menaiki Royal Brunei Airlines...
... tidak terasa lama kerana hati tidak sabar-sabar mahu menjejakkan kaki di Bumi Kenyalang. Aku pernah terbang ke Kota Kinabalu, lalu perjalanan ke Kuching kali ini adalah untuk memenuhi pengembaraan ke setiap ibu negeri yang ada di Malaysia.
Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching disambut oleh pegawai yang bertanggungjawab membawa aku dan seorang wartawan ke sini. Lantas terus dibawa mendaftar masuk di Hotel Hilton, Kuching dan dijamu hidangan makan malam ala bufet. Keadaan tidak terlalu rasmi, mereka begitu santai ketika melayani kami yang masih tersipu malu pada hari pertama bertemu.
Tidur malam ini dibuai mimpi indah, dengan bilik menghadap pemandangan Waterfront di tebing sungai Sarawak, di seberangnya bangunan Dewan Undangan Negeri yang canggih. Esok, tugas rasmi menanti.
Hotel Hilton, Kuching |
Berseorangan malam ini |
Selepas makan tengahari, kami meneruskan tugas menemubual pengerusi syarikat tersebut. Orangnya berasal dari Jerman dan agak tegas. Namun di sebalik ketegasannya, beliau menyambut kami dan berbual mesra menyahut segala persoalan yang kami ajukan. Selesai temubual, selesailah juga tugas rasmi perjalanan kami ke Kuching. Iya, hanya satu hari. Kerana mulai esok, ada tugas lain yang lebih menyeronokkan menanti...
Oh, tidak sabar rasanya.................................
No comments:
Post a Comment