|
Rupa orang tak boleh tidur dalam van |
Yearghhh!!! Batang Ai Longhouse Resort!
Oh, macam ni ke rupanya? Hmm, kena naik bot lagi. Ingatkan dah sampai...
...selepas 4 jam perjalanan naik kereta dari Kuching tadi. Pinggang rasa nak tercabut sebab jalan raya yang dilalui, walaupun lurus tapi tak rata. Pegawai hotel dan wartawan boleh terlentok, tapi aku? Mata terkebil-kebil walau kupujuk untuk pejam. Akhirnya aku mengenakan tali pinggang keledar dan cuba tidur. Iya! Berjaya nampaknya! Cuma setengah jam dapat melepas lelah kerana tidak lama kemudian kami sampai ke empangan Batang Ai. Aduhai, sedapnya dapat meluruskan urat-urat yang terlipat di sepanjang perjalanan tadi.
|
Naik bot dari tepi empangan untuk ke resort |
Subhanallah, hati berkata. Air tasik buatan manusia ni begitu jernih, berwarna biru kehijau-hijauan. Macam kat tengah laut! Terlupa sejenak berada di tengah empangan. 15 minit menaiki bot untuk sampai ke resort. Dari tengah tasik, nampak seperti resort tersebut mengintai-ngintai dari celah-celah pokok yang meliar di sekelilingnya.
Sempena dengan namanya - Batang Ai Longhouse Resort - blok-blok bilik penginapan dibina seakan-akan rumah panjang kaum Iban yang terkenal di negeri ini. Semuanya dibina daripada kayu. Cantik! Dan ia selesa untuk penginapan tetamu ke sini. Selepas mendaftar masuk dan meletakkan beg di dalam bilik yang ditetapkan (satu bilik yang luas untuk seorang), perut lapar tak terhingga, terus ke bangunan induk yang menempatkan lobi dan dewan makan terbuka. Merenung menu, Laksa Sarawak tidak akan aku lepaskan! Hidangan kegemaran yang jarang ditemui sejak bermastautin di negara jiran. Kalau dulu di Kuala Lumpur, bila-bila masa boleh ke restoran bekas penyelia di Batu Caves. Oh, rindunya nak menjamah laksa Sarawak. Dan tidak salah aku memilih menu di resort ini kerana ia antara yang terbaik pernah aku nikmati!
|
Oh, sedapnya!!!! |
Sepanjang petang hanya dihabiskan dengan bersembang bersama pegawai bertugas. Pelbagai kisah, pelbagai cerita. Semuanya menyeronokkan! Selepas itu kami dibawa mengharungi denai di belakang resort untuk aktiviti
Nature Walk.
|
Fuh! Lama tak berjalan macam ni! |
|
Selepas 7 minit Nature Walk |
|
Jambatan gantung, gayat tak ingat!!! |
|
Kubur ketua kaum Iban di belakang resort |
No comments:
Post a Comment