Wednesday, September 1, 2010

Sejenak memikirkan usul Dalai Lama

Hari ni aku mula menyunting untuk helaian dari negara-negara 'kari'... yang paling menarik hari ni...

Tak kesian ke korang tengok rupa ayam bateri ni

"Dalai Lama sertai kempen menentang ayam bateri"

NEW DELHI, Rabu – Dalai Lama mengecam pembiakan ayam bateri dan menggesa pengguna supaya beralih untuk membeli telur daripada ayam yang dibela di luar reban, menurut satu kenyataan hari ini.
    “Dengan mengubah haiwan yang tidak berdaya ini menjadi mesin pengeluar telur adalah tidak berhati perut dan merendahkan martabat kita sebagai manusia,” ujar pemimpin Buddha itu.


    “Perubahan untuk membeli telur di luar sangkar akan mengurangkan beban haiwan-haiwan ini,” Dalai Lama berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebagai menyokong kempen menentang pembiakan ayam bateri oleh Humane Society International.
    Kebanyakan ayam sangkar dibela di dalam ruang reban sebesar kertas bersaiz A4, catat Dalai Lama yang terbang ke India pada 1959 selepas kegagalan pemberontakan menentang kuasa China di Tibet.
    “Penderaan ke atas haiwan ini telah lama menghantui saya dan saya sering menyuarakan kebimbangan mengenai cara haiwan ini diperlakukan dalam industri penghasilan makanan,” katanya.
    Kenyataan beliau ini timbul selepas kempen hak asasi haiwan di seluruh dunia menggesa untuk menamatkan kilang pembiakan telur ayam.
    Negara-negara yang telah mengharamkan industri ini ialah Finland, Switzerland, Jerman, Austria dan Norway. Negara-negara Kesatuan Eropah sedang dalam fasa menghentikan pembiakan ayam bateri dan memansuhkan sepenuhnya amalan pembiakan jenis ini pada 2012. – AFP


p/s -- Macam nak mula hentikan semula makan ayam je... babah, u wanna join me?

3 comments:

  1. ayam baterii? memang kesian macam buruh paksa...terpaksa keluarkan telur...tanam nilai kemanusiaan dlm diri

    ReplyDelete
  2. hani -- ye la... lps buat news nih terus *insaf

    ReplyDelete
  3. hehe..dunia..dunia
    ada twin mmg best..menjaga depa lg best..boleh kasi nangis haha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails