Sunday, August 29, 2010

Basuh dulu ye

Hari ni dapat satu email yang amat menarik perhatian aku... email pasal murtabak...

gambar hiasan
Enaknya murtabak bazar Ramadan! 




KUNJUNGILAH mana-mana bazar Ramadan di bulan mulia ini, pandangan anda pasti tidak terlepas dari melihat peniaga murtabak yang bilangannya melebihi peniaga-peniaga jenis makanan lain.

Jika anda lewat ke bazar Ramadan mahu cari murtabak memang susah kebanyakannya sudah habis terjual.

Itulah popularnya murtabak sehingga penggemar makanan ini terlupa aspek kebersihan, yang berkaitan dengan keselamatan diri dan kesihatan mereka.

Cuba anda perhatikan di mana letaknya telur-telur ayam yang digunakan? Tentunya dalam bekas telur dari kotak yang mengisi 30 butir telur. Tahukah anda sebahagian bekas telur ini dikitar semula, malah digunakan berkali-kali dan terdedah kepada berbagai jenis bakteria dan mikroorganisma.

Tahukah anda kebanyakan telur-telur ini tidak dibasuh sebelum digunakan? Jikapun dibasuh, ia diletak semula di atas bekas telur yang sama. Semua orang tahu telur keluar dari saluran sama dengan saluran najis ayam.

Peniaga kenalah bertanggung jawab, sesudah memegang telur adakah tangan anda dibasuh? Nampaknya tidak, tangan yang sama juga digunakan untuk menebar kulit murtabak dan memegang bahan-bahan lain.

Dari pengetahuan penulis sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan (SHO), najis ayam mengandungi E Coli dan Samonella (dari keluarga enterobacteria) yang mana boleh menyebabkan keracunan makanan.

Pada petugas-petugas kesihatan jalankanlah tugas dengan amanah, penulis tidak pasti adakah peniaga-peniaga makanan ini telah diberi kursus atau taklimat berkenaan kebersihan makanan sebelum sesuatu permit berniaga diluluskan.

** dipetik daripada -- HAJI HASAN ALIAS
Pengamal Keselamatan dan Kesihatan (SHO), Seremban

Pastikan papan tanda sebegini terpapar di gerai sebelum membeli murtabak di bazaar ramadhan…!!



p/s: makanan menjadi darah daging kita... pilihlah makanan yang berkualiti dan disahkan halal serta terjamin kebersihannya...

2 comments:

  1. salam..btul tu! notami stuju! kalo x d basuh..kan dh jd najis tu..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails