Wednesday, November 25, 2009

~nota pada 11/02/2007~

Tahun baru datang lagi! Yei! Usia pun bertambah satu angka...but for me, age is just a number... no big deal! Agak terlambat utk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru, kan... hehehe... Sejak akhir-akhir ini masa terlalu menuntut kehidupan aku. Apa agaknya yang menanti di tahun baru ni? Kita imbas semula apa yang telah dilalui tahun lalu..................................................................

2006 - Alhamdulillah, tahun yang aku tinggalkan tidaklah begitu payah untuk dilalui. Meski pada awalnya terlalu banyak dugaan yang perlu aku tempuh, terutama kerjaya dan kehidupan peribadi. Tapi berkat kesungguhan diri sendiri untuk melupakan apa yang berlaku, aku berjaya menempuhnya. Hanya kerana aku percaya, Tuhan itu tidak akan menguji kita sekiranya kita tak mampu menempuhinya. Selepas bangkit drpd kepayahan, sedikit demi sedikit langkah mengorak ke hadapan. Sekaligus merubah hidup yang sedang aku sendiri tak menyangka ia akan berlaku. Sbg penulis skrip/wartawan penyiaran bebas, aku bebas berkarya... dalam apa jua bentuk penulisan, termasuk dokumentari, majalah, travelogue, ehwal semasa, teknologi, video korporat, dll... Kecuali, drama/filem...memang aku surrender. Rasanya ia menuntut imaginasi yang terlalu tinggi... walaupun pd dasarnya aku gemar berimaginasi. Ok, aku tinggalkan 2006 dgn harapan thn baru ini akan menjadi lebih baik. Bukankah berfikiran positif itu menjadikan minda kita lebih terbuka?


2007 - Aku tempuh dgn keyakinan dan azam yg lebih kukuh. Doaku tidak pernah putus, mengharapkan segala yang aku lakukan memperoleh kebaikan dan kejayaan. Pernah seorang teman mengirim khabar dgn kata-kata, "Bangsa sendiri tak pandai nak menilai kebolehan anak bangsa. Tahniah. Kau dah maju selangkah lagi," Ye, saat menerima sms itu, kaki berpijak di bumi Singapura, selepas 2 minggu menghasilkan karya bersama seorang teman[?] di Kota Singa ini. Kami pulang ke Kuala Lumpur utk jangkamasa yg amat singkat, sekadar melunaskan perkara-perkara penting yg telah tertinggal hampir sekian lama... selain melepaskan rindu bersama mama dan ayah. Kaki melangkah ke Kota Singa sekali lagi utk beberapa waktu sehingga karya selesai dilaksanakan.


Tuah dan rezeki tidak datang bergolek... kerana kami yakin selama ini kami berusaha sedaya upaya memajukan diri masing-masing dan inilah hasilnya. Jika 2006 menyaksikan karya aku bersiaran di kaca tv Brunei, kali ini di tv Singapura. Sesuatu yg tidak pernah aku impikan walaupun selama ini aku sering bermimpikan yg indah-indah menyelimuti hidup aku. Peluang yg dtg saat kesedihan menyelubungi jiwa, tidak aku lepaskan. Niat awal sekadar mengiringi teman dan menunjuk selok-belok perjlnan di kota Singa... rupa-rupanya rezeki terbentang di depan mata. Lalu, aku dan dia terus sama-sama gagah mengorak langkah  dan percaya segala yg berlaku mmg ada hikmahnya. 

Ayah dan mama pernah kata, "Doa orang teraniaya, termakbul." Ye, aku pegang kata-kata itu utk mengelak diri terus kecundang dgn perasaan sedih itu. Bukankah Allah itu adil? 
Aku tak perlu merafak sembah pd insan lain, semata-mata utk terus kekal di situ dan aku tak perlu gentar dgn manusia biasa lain. Sebabnya, aku percaya dgn kebolehan dan bakat aku sendiri... dan yg penting, Allah sentiasa berada di sisi, apa yg perlu aku risaukan? Dia lebih tahu.
Syukur, alhamdulillah... tak henti-henti hati bermunajat, mengucap syukur dgn apa yg diberi-Nya.


Nasihat aku pd teman-teman (kalau boleh dipanggil nasihatlah) Terimalah apa yg berlaku dlm kehidupan kita dgn hati yg terbuka. Setiap insan dianugerahi rezeki masing-masing, yg berbeda... Ucaplah syukur. Jangan sampai menyakitkan hati dan perasaan org lain semata-mata utk memuaskan kehendak sendiri. Kerana... apa yg kita buat pd org lain akan terkena pd batang hidung sendiri.. What goes around comes around... till then.


- salam dari Kota Singa


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails